Friday 18 March 2011

Ya Allah, aku jatuh cinta


Ya Allah, aku jatuh cinta
  
Bilakah anda mula merasakan cinta?

Dulu, sekarang atau baru saja sebelum membaca buku ini?

Boleh jadi jawapan anda bermacam-macam kerana jatuh cinta banyak ceritanya. Siapapun yang bernafas di atas muka bumi Tuhan ini, tiada berkecuali sangat berpotensi terkena sengatan cinta.

Sebuah getaran rasa yang menandakan rasa suka, rasa ingin selalu dekat, rasa ingin selalu diperhatikan dan rasa ingin berkorban membahagikan pasangannya.

Buku bertajuk ‘Ya Allah, Aku Jatuh Cinta’ ini memberi bacaan alternatif kepada para remaja tentang perbahasan yang paling disukai manusia, iaitu cinta agar cinta tidak disalahfaham menjadi medan menebar pesona dan membuat dosa. Semoga para remaja mampu melihat cinta secara lebih bermatlamat serta tidak tersilap langkah dalam menilai erti cinta.

Terdapat beberapa intipati yang anda boleh dapati dalam buku ini seperti:
1. Peringkat-peringkat cinta dalam Islam iaitu tatayyum, ‘isyk, Syauq, ‘ithf dan intifa’
2. Cinta dari sudut Psikologi- cinta kerana nafsu, cinta pragmatis dan cinta altruistik.
3. Kenali hormon-hormon jatuh cinta- Pheromones, Oxytocin, Vasopressin, Dopamine, Neuropinephrine
4. Menjawab persoalan yang selalu diutarakan, “Bolehkah saya jatuh cinta?” menurut perspektif Islam.

Teguklah madu-madu cinta dengan berlandaskan syariat Islam. Jadikanlah hati-hati yang diselubungi cinta indah di dada tanpa mengurakan rasa cinta pada-Mu ya Rabbi…

i Love Quran and You?????

I Love Quran and You?
 

Al-Quran sebagai kitab suci umat Islam menjadi magnet luar biasa bagi umat agama lain. Ia menyimpan pengetahuan dan keistimewaan yang melebihi kitab lainnya. Namun ternyata kaum muslimin belum sepenuh mencintai kitabnya dengan memperlakukannya sesuai haknya.

Kini adalah saatnya mengetuk pintu hati kita berkali-kali. Dan bertanya di dalam hati, sudah seserius manakah kita mendekatkan diri dengan al-Quran. Apakah selama ini kita memang benar-benar mencintainya, atau ia hanya perkataan di bibir saja.

Buku ini diharapkan menjadi motivasi yang bagus buat remaja kita agar mengenal al-Quran. Sehingga mereka mahu untuk menjadikannya teladan dan petunjuk hidupnya. Al-Quran bagus untuk remaja. Al-Quran akrab dengan remaja.

Buku ini adalah terbitan terbaru dari Kemilau Publika Sdn Bhd. Jika anda ingin memilikinya sila hubungi 03-61573314/emel: sales@kemilau.com.my atau dapatkan di kedai-kedai buku rangkaian MPH, Popular dan kedai buku berhampiran anda. Layari www.kemilau.com.my
Cintai suami jangan separuh hati
Kemilau Publika   
Perhatian untuk semua wanita!
Badai yang mendatang dalam rumahtangga kadangkala begitu meruntun jiwa. Walau telah mencurah sepenuh tenaga dan keringat namun rumahtangga aman damai serta mawaddah yang didambakan masih juga belum kunjung tiba. Di mana salah silapnya?

Sedarlah wahai wanita sekalian. Inilah masanya anda menilai diri anda. Cukup sempurnakah anda sebagai isteri ? Atau jujurnya anda mencintai suami setengah hati? Setengah hati lagi masih dipenuhi tuntutan dunia yang mahukan anda menjadi srikandi ? Gapailah cinta suamimu. Dakaplah anak-anakmu sepenuh jiwa. Jadilah isteri , ibu dan Muslimah solehah yang didambakan para suami.

Antara tips menarik yang terdapat dalam buku ini ialah:

1. Membincangkan perkara-perkara yang selalu dianggap remeh oleh isteri tetapi sebenarnya boleh mendatangkan barah dalam rumahtangga.

2. Tip berguna untuk memaut hati suami dan cara-cara menjadi isteri ideal di mata suami.

3. Kaedah berkesan dalam menangani badai rumahtangga.

4. Buku ini juga sarat dengan hadis-hadis nabi, kisah para sahabat dan petikan kata-kata pujangga dalam mendidik wanita menjadi isteri solehah.

Hentikan bisikan-bisikan halus yang cuba meruntuhkan rumahtangga. Teruskan mengejar reda Ilahi dan syurga tanpa tertinggal perkara dunia. Jadikan fitrah sebagi isteri sebagai tiket anda mengetuk pintu syurga, insya-Allah.

Dapatkan buku terbaru terbitan Kemilau Publika ini di kedai-kedai berhampiran anda seluruh negara dan rangakain kedai buku MPH, Popular. Layari www.kemilau.com.my.

Sejuta cinta untuk ibunda


Pada zaman moden ini, hubungan antara anak dan ibu bapa sudah nampak renggang. Jarang ditemukan seorang anak yang masih terikat erat dalam ketaatan pada ibu dan bapanya.

Faktor ‘sibuk’ dengan rutin harian mereka menyebabkan hubungan ini semakin lama semakin menjauh.

Merebaknya budaya Barat juga menularkan aspek negatif yang sepatutnya kita berhati-hati. Budaya egaliter iaitu menganggap ibu bapa sama seperti orang yang lain.

Bersikap sama seperti sikap terhadap orang lain sehingga norma, sopan santun dan etika tidak ditemukan lagi dalam pergaulan di rumah. Anak sibuk sekali sehingga tidak memerhatikan ibu bapanya yang sudah lanjut usia.

“Kasih ibu sepanjang hayat, kasih anak sepanjang bayang.” Begitulah pepatah yang sesuai bagi menunjukkan kenyataan ini. Fenomena yang tentu sahaja perlu diberi perhatian sewajarnya.

Buku ini hadir bagi memperingatkan kita kembali akan pentingnya berbakti kepada ibu bapa. Mengenalkan lagi hakikat taat kepada kedua-dua mereka dan mengoptimumkan kebaikan bagi mereka.

Dapatkan buku terbaru terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd, di kedai-kedai berhampiran anda seluruh negara dan rangakaian kedai buku MPH, Popular. Layari www.kemilau.com.my.

Bawa pendakwah China ke Malaysia


Badan-badan Islam disaran berusaha membawa pendakwah dari Negara China terutama golongan Ahong yakni imam yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas di dalam mengamalkan kehidupan beragama untuk tujuan dakwah kepada masyarakat Cina di negara ini.
Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China, berpangkalan di Beijing Foreign Studies University (BFSU), Prof Dr Awang Sariyan (gambar) berkata, Islam yang dibawa ke negara itu sekitar pertengahan abad ke 7 oleh Sahabat Nabi Muhammad bernama Saad Abi Waqas diterima baik oleh Maharaja China dewasa itu.

Menurutnya, sehingga kini jumlah umat Islam di negara Asia Timur itu sekitar 70 juta dengan nilai keIslaman dan syiar agama yang hebat seperti pintu gerbang ke kediaman mereka yang bertulis Basmallah dan Allah Muhammad.

Prof Awang menyampaikan ucapan itu dalam majlis Syarahan Sarjana Pelawat anjuran Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam di sebuah pusat pengajian tinggi di Shah Alam, 16 Februari lalu.

Ucapan sekitar dua jam bertajuk Kembara Bahasa di China; Memupuk Kerjasama Ketamadunan Melayu-China itu banyak memberikan input baharu kepada khalayak pendengar dengan bentuk penyampaian beraudio visual.

Turut hadir di dalam majlis itu adalah ketua jabatan, pensyarah kanan, pensyarah dan staf yang kelihatannya sangat berpuas hati dengan pendedahan maklumat termasuk hubungan Malaysia China, perkembangan agama dan kemajuan Bahasa Melayu mutakhir.

Prof Dr Awang Sariyan adalah Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China, berpangkalan di Beijing Foreign Studies University (BFSU) sejak awal 2008.

Sebelumnya Pengarah Jabatan Bahasa DBP, Profesor Bahasa di UPM dan di UM; tenaga akademik UIAM, Universiti Brunei Darussalam dan UPSI; Profesor Tamu Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti Frankfurt, Jerman dan Universiti Sumatera Utara; Perunding Seberang Laut Kementerian Pendidikan Singapura.

Presiden Persatuan Linguistik Malaysia (2000-2008) dan anggota Kumpulan Perihatin; pernah aktif dalam Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM).

Penyampai lebih 200 ucap utama, syarahan, kertas dasar dan kertas kerja di dalam dan di luar negara (Australia, Belanda, Brunei Darussalam, Indonesia, Jerman, Kampuchea, Korea Selatan, Perancis, Rusia, Republik Rakyat China, Singapura, Sri Lanka, Thailand); penatar kurus bahasa dan penulisan profesional; penulis lebih 50 judul buku bahasa, pendidikan, kamus serta Profesor Adjung UPSI.

Menjawab satu soalan, Prof Awang berkata, kedatangan Islam pada abad ketujuh itu diterima baik sehinggakan Maharaja China menaja pembinaan banyak masjid sebagai lambang agama Islam.
Kerana itu, ujarnya, bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke negara itu, jangan terkejut jika melihat terdapat colok gaharu diletakkan di mimbar-mimbar masjid dan ukiran binatang di tempat ibadat.

"Colok gaharu dan ukiran binatang itu adalah budaya masyarakat China yang sedikit pun tidak mencacatkan aqidah umat Islam," tegasnya.

Beliau berkata, terdapat perbezaan besar antara orang China yang datang ke Melaka bersama gerombolan Laksamana Cheng Ho yang membawa Islam dengan mereka yang dibawa datang ke Tanah Melayu oleh penjajah Inggeris.

Katanya, Laksamana Cheng Ho atau dalam Bahasa Chinanya disebut sebagai Zheng He adalah seorang pahlawan utusan Maharaja China yang datang ke Melaka adalah seorang Islam.
Cheng Ho pula jelasnya mengikut kajian absah, merupakan seorang pahlawan hebat yang mempunyai susur galur darah keturunan Saidina Hassan, cucu Rasulullah SAW. yakni anak kepada Saidina Ali dan Fatimah.

Bercakap tentang Ahong, beliau berkata, setiap orang daripada mereka mempunyai kelayakan hebat kerana mereka diwajibkan mengikuti Pengajian Agama Islam selama tiga tahun.

Mereka mempunyai kemahiran berbahasa etnik termasuk Bahasa Arab yang fasih, jelasnya, mereka juga merupakan penghafaz Al-Quran yang dilatih khas bagi memenuhi keperluan agama dan umat.

Tamadun China sangat hebat dengan usianya melebihi 5,000 tahun dengan 56 kumpulan etnik berbanding dengan tamadun Melayu yang baharu berusia 2,000 tahun, jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, interaksi tamadun Malaysia China bukan hanya berlaku pada 1974 tetapi bermula sejak Zaman Han Shu pada 140 S.M. ekoran pelayaran utusan Maharaja Wu Di ke India melalui Tanah Melayu.

Hubungan China dengan alam Melayu melonjak ke peringkat lebih tinggi sesudah munculnya Dinasti Tang (618-907M) dan Empayar Sriwijaya di alam Melayu pada abad ke-7.

Dalam majlis itu, Prof Awang banyak mengemukakan saranan bernas antaranya; penyelidikan hubungan Malaysia/alam Melayu dengan China dalam pelbagai aspek, ketamadunan seperti politik, ekonomi, kebudayaan, bahasa dan falsafah/pemikiran dari zaman dahulu hingga kini berdasarkan sumber China dan Melayu sendiri.

Begitu juga dengan perkembangan Islam di Tanah Besar China dan kaitannya dengan pengIslaman di alam Melayu, kajian-kajian perbandingan dengan pelbagai aspek dalam tamadun China dan Islam termasuk budaya dan bahasa.


http://mutaligat.blogspot.com/   
Apabila saya mengkritik pembukaan Sekolah Mengandung ramai pengampu Ali Rustam melenting menyatakan bahawa PAS hanya pandai mengkritik dan tidak berbuat apa-apa. Persoalannya sekarang siapa yang berkuasa di Melaka ini?
PAS sejak dari dahulu kini dan selama mencadang dan menasihatkan kerajaan negeri supaya menutup semua pusat maksiat dan menghentikan program maksiat supaya punca-punca maksiat ini dapat dikurang dan dibasmikan.
Kerajaan negeri Melaka yang mentadbir dan menguasai negeri mempunyai kuasa untuk menutup semua pusat maksiat seperti kelab malam, pub, rumah urut, pusat pelacuran, night club, dangdut, Spa dan sebagainya. Selain itu program-program maksiat yang melibatkan percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan mesti dihentikan serta merta.
Pada masa yang sama kerajaan negeri mesti memperbanyakkan kelas-kelas pengajian agama di masjid dan surau, memperbanyakkan sekolah agama, menambah peruntukan untuk progam agama Islam dalam bajet negeri dan sebagainya.
Namun semua nasihat dan cadangan yang kita ajukan ditolak mentah-mentah malah kerajaan negeri menggalakkan pula program-program maksiat di negeri ini.
Cuba tuan-puan melawat Taman Melaka Raya pada malam hari .......sudah pasti tuan-puan akan melihat ianya bagaikan tempat pesta maksiat yang tidak kawal. Hotel-hotel murah yang menjadi tempat melampias nafsu tumbuh bagaikan cendawan tumbuh. Itu semua menjadi tempat maksiat dan zina yang sesetengahnya melahirkan anak luar nikah.....
PAS yang tidak mempunyai kuasa di negeri Melaka ini sememangnya hanya pandai bercakap dan menasihat sahaja kerana kami tidak ada kuasa. Namun kita hendaklah merujuk kepada Hadis Nabi....Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan kuasa, Jika tiada kuasa cegahlah dengan lisan, jika tidak berkuasa dengan lisan bencilah dalam hati....itu adalah selemah-lemah iman.

Thursday 17 March 2011

Nabi (S.A.W.) Baring Atas Riba Isterinya

Kadang-kadang orang kita silap persepsi dengan menyangka bahawa budaya romantik itu datang dari Barat. Mereka menyangka Islam menganjurkan sikap tegas dalam hubungan lelaki-perempuan, hatta di kalangan suami isteri. Sangkaan begini terbukti silap.
Sebenarnya orang kita masih lagi terbelenggu dengan amalan kebanyakan masyarakat rumpun Melayu yang kadang-kadang malu tak bertempat dan tegas tak kena gaya. Hasilnya mereka tumpul budaya romantis dan kering dalam bercinta.  Yang lebih ganjil lagi, ketika di luar ikatan perkahwinan, mereka bukan main romantik, tetapi bila sudah bernikah, mereka bersikap dingin dan hanya tahu romantik ketika di atas katil.
Sikap ini berbeza dengan sifat romantis Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam yang sentiasa bergaul dengan isteri dengan penuh mesra dan ceria. Kedudukan Baginda yang begitu tinggi di sisi Allah dan masyarakat tidak menghalang Baginda untuk bersama dengan isteri dengan penuh rasa cinta dan kasih.
Hal ini dapat dilihat daripada hadis riwayat Aisyah yang berkata;
لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ
Maksudnya;
"Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran" (Sunan Ibni Majah : 626)
Tidak dinafikan, perasaan cinta antara suami isteri itu kadangkala menebal, dan kadangkala menipis, lebih-lebih lagi dikala isteri dalam keadaan tidak suci ekoran haid dan nifas. Oleh itu, bagi hendak menghangatkan perasaan cinta antara suami isteri, perlu mempunyai daya kreatif masing-masing dalam melahirkan perasaan cinta bergelora.
Dengan hadis ini, Nabi SAW seakan-akan mengajar kepada kita tentang antara tindakan yang perlu dilakukan bagi menghangatkan balik perasaan cinta itu.
Justeru itu, sebagai suami, tidak seharusnya merasa malu untuk meletakkan kepala mereka di riba isterinya. Begitu juga, pihak isteri pula tidak selayaknya merasa janggal dengan tindakan suaminya itu sehingga menganggap tindakan sebegitu seperti tindakan anak dengan ibunya yang mahu bermanja.
Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat disisi Allah, yang melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan dunia, mahupun keuntungan di akhirat.
Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan keuntungan di dunia adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud dalam kehidupan berumah tangga.
Dari hadis ini juga, kita akan dapat melihat betapa Islam adalah agama yang cukup memuliakan kaum perempuan berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah terdahulu.
Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang perempuan yang berhaid sebagai jijik sehingga mereka meletakkan undang-undang adat mereka yang meletakkan perempuan seperti barang buangan dan barang terpakai.
Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam yang memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara fitrah mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas.
Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala baginda SAW berada di riba Isterinya.
Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi (Aun Al-Ma'bud : 1/305.) menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid, malahan ianya juga menjadi dalil bahawa tidak menjadi kesalahan membaca Al-Quran berhampiran dengan najis.